HOTEL PROMENADE, SABAH, 15-17 APRIL 2011
Seperti yang anda ketahui, Bengkel Bina Upaya Untuk Ahli-ahli Sains Sosial Muda (CAPACITY BUILDING WORKSHOP FOR YOUNG SOCIAL SCIENCE SCHOLARS) anjuran PSSM dan penganjur bersama sudah diadakan dengan jayanya di Kota Kinabalu, Sabah pada 15-17 April 2011 (Jumaat-Ahad). Bengkel ini adalah hasil anjuran bersama Sekolah Sains Sosial UMS, Institut Kajian Malaysia & Antarbangsa (IKMAS) UKM, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pihak PSSM ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan pemerhati bengkel serta kepada semua fasilitator dan penganjur bersama atas kejayaan ini. Kami mengharapkan para peserta akan memperbaiki kertas kerja masing-masing DENGAN SEGERA berpandukan kepada komen dan kritikan dalam bengkel itu.
UNTUK MELIHAT SUASANA BENGKEL, SILA TONTON SLIDE GAMBAR-GAMBAR YANG DISEDIAKAN DI SINI. TERIMA KASIH.
_____________________________________________________________




__________________________________________________
Dr. Ramzah Dambul (bagi peserta dari UMS)
rdambul@gmail.com
cc: pssmalaysia@yahoo.com
Dr Sharifah Zarina Syed Zakaria (bagi peserta luar UMS)
szarina@ukm.my
cc: pssmalaysia@yahoo.com
dan
Faxkan borang penyertaan anda dan slip pembayaran kepada Azie:
03-89261022