Calendar

Pengunjung

SILA LIHAT SLIDE SHOWS DIBAWAH

PSSM MENGALU-ALUKAN PRESIDEN & EXCO BARU
















Gambar sebelah kiri ke kanan: Dr. Sity Daud (Bendahari), Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abdul Rahman Embong (President), Prof. Dr. Mohd. Hazim Shah (Timb. President) & Dr. Sharifah Zarina Syed Zakaria (SU)




Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan pada 13 Mei 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mesyuarat agong kali ini cukup bermakna kerana PSSM menyaksikan peralihan dan berakhirnya satu tempoh kepimpinan yang telah mengemudikan PSSM selama satu dekad dari 2000 sehingga 2010. Justeru acara kemuncak Mesyuarat Agong semalam ialah pemilihan Presiden dan Exco baru dan pengunduran Presiden yang lama iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong. Profesor Rahman telah digantikan oleh Timbalan Presiden, Profesor Dr. Mohd Hazim Shah.

Mesyuarat seperti biasa telah meluluskan Minit Mesyuarat Agong tahun lalu, Penyata Kewangan 2009 serta Laporan Tahunan April 2009 hingga April 2010. Pada masa yang sama, satu Penyata Kewangan Khas untuk tempoh empat bulan dari 1 Januari – 30 April 2010 serta Laporan Khas Presiden bertajuk “PSSM Satu Dekad 2000-2010” telah dibentangkan. Laporan khas itu meliputi tempoh kepimpinan Profesor Rahman Embong selaku Presiden selama 10 tahun dari 2000 sehingga 2010 dan menggariskan 11 perkara utama yang menjadi petanda keberhasilan PSSM. Laporan khas kewangan itu pula untuk menyatakan kedudukan kewangan semasa peralihan pucuk pimpinan berlaku.

Mesyuarat Agong telah memilih Jawatankua Kerja PSSM untuk tempoh 2010-2012 seperti berikut:


PRESIDEN:




Prof. Dr. Mohd Hazim Shah


.

TIMBALAN PRESIDEN:



Prof. Madya Dr. Rashila Ramli


.

NAIB PRESIDEN:



Profesor Dr. Wan Zawawi Ibrahim



Profesor Dr. Terence Gomez


Dr. Sity Daud


.

SETIAUSAHA KEHORMAT:




Dr. Sharifah Zarina Syed Zakaria


.

PEN. SETIAUSAHA KEHORMAT:

Puan Sharifah Shahirah Syed Sheikh


.
BENDAHARI:



Dr. Lee Yoke Fee


.

AHLI JAWATANKUASA:



Prof. Madya Saliha Hassan



Prof. Madya Zaharom Nain


Saudari Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim


Dr. Kartini Aboo Samah


Saudara Leow Wei Yi

.

JURUAUDIT:



Prof. Madya Dr. Faridah Shahadan



Prof. Madya Dr. Zarina Othman



Untuk menghargai jasa mantan Presiden Profesor Rahman dan memastikan kesinambungan kepimpinan PSSM, Mesyuarat Agong sebulat suara bersetuju melantik beliau sebagai Penasihat PSSM.






kiri: Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Rahman Embong (Presiden), bersama Timb. Presiden Prof. Dr. Mohd. Hazim Shah (meneliti laporan presiden PSSM


Bendahari PSSM, Dr. Sity Daud, membentang Penyata Kewangan PSSM



atas: Sebahagian daripada ahli yang hadir



Prof. Dr. Mohd Hazim Shah dipilih sebagai Presiden, PSSM yang baru.


nukilan pada: 14 Mei 2010